SEJARAH

Sekolah ini mula digunakan pada tahun 1957 dengan nama Primary Boys School yang berpindah dari Government English School, Kluang. Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Tunku Mahmood pada tahun 1958 mengambil sempena nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor pada ketika itu. Pada tahun 1975, nama sekolah sekali lagi ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Mahmood (1) apabila sekolah berkongsi bangunan dengan Primary English School yang kemudian dinamakan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Mahmood (2).Pada tahun 1996 sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood (1) mengikut Akta Pendidikan tahun 1996. Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada enam blok satu tingkat. Ianya menempatkan satu blok bangunan pejabat sekolah, tiga blok bilik darjah, satu blok tandas murid dan satu blok kantin. Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood (1), Kluang telah dibina di atas sebidang tanah seluas 5 ekar 3 rod 38 pol. Lokasi dan kedudukan sekolah ini adalah di alamat 906, Jalan Sekolah, 86000 kluang, Johor. Ia terletak berdekatan dengan kawasan bandar dan berhampiran dengan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang.

Sesi Persekolahan:
1957 – Satu sesi
1958 – Dua sesi
1966 – Bergilir-gilir dengan Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood (2), iaitu satu
tahun sesi pagi dan tahun berikutnya sesi petang.
1995 – Dua sesi (mulai 1.12.1995)
2011 – Satu sesi

Lambang Sekolah:
1957 – Belum dicipta
1962 – Lencana pertama
1962 – Lencana kedua
1984 – Lagu sekolah “ Maju dan Terus Maju” digubah oleh En Alwee b. Hassan

Bangunan:
1957 Lapan buah bilik darjah (blok B dan C), pejabat (blok A) dan kantin
1959 Enam buah bilik darjah tambahan dibina
1960 Bangunan kantin dijadikan bilik darjah. Kantin sementara dibina di hujung bangunan tersebut.
1964 Lapan buah bilik darjah dalam bangunan dua tingkat dibina (blok F). Rumah pengakap dibina
1966 Tandas dibina di belakang bilik sumber. Sebahagian dari kantin dijadikan klinik pergigian.
1973 Bangunan dua tingkat (blok F), kantin dan dewan dibina
1987 Bangunan tiga tingkat (blok G) dibina
1995 Pembahagian kawasan dan bangunan dilaksanakan antara SK Tunku Mahmood 1 dan SK Tunku Mahmood 2, Bangunan A,B,C,D,E,F dan dewan menjadi hak milik SK Tunku Mahmood (1) – 12 bilik darjah. Bangunan G dan H menjadi hak milik SK Tunku Mahmood (2).
1996 Kantin SK Tunku Mahmood (1) dan stor Pendidikan Jasmani dibina
1997 Surau dan bilik rehat pekerja dibina oleh Institut Kemahiran Medan (Sekolah Jurutera) Kem Mahkota
2001 Bangunan empat tingkat dibina. Blok D,E dan stor Pendidikan Jasmani diruntuhkan untuk membina bangunan tersebut.
2004 Dua buah makmal komputer mula dibina
2007 Bilik Pusat Akses dibina (Ubahsuai)
2009 Dua buah bangunan tiga tingkat mula dibina
2011 Dua buah bangunan tiga tingkat sedia beroperasi

Kemudahan-kemudahan lain:
1957 Padang, gelanggang badminton dan gelanggang bola keranjang
1964 Perpustakaan kelas diadakan. Padang diratakan oleh Pasukan Jurutera Gurkha Kluang
1970 Gelanggang badminton bersimen dibina oleh Pasukan Jurutera Ke – 10 Malaysia, Kluang
1973 Gelanggang bola keranjang diubah menjadi tempat letak kereta sekarang. Klinik pergigian berpindah ke bangunan pejabat.Bilik TV Pendidikan disediakan.
1974 Padang diperbesarkan
1975 Perpustakaan pusat dimulakan
1985 Perpustakaan pusat dinamakan Pusat Sumber Sekolah
1996 Pusat sumber dipindahkan ke bangunan blok F kerana proses pembahagian bangunan dan kawasan dengan SK Tunku Mahmood 2
2003 Tiada gelanggang permainan kerana telah dibangunkan bangunan sekolah
2008 Gelanggang serba guna siap dibina.

Nama Sekolah:
Terciptanya nama sekolah secara ringkas,
1957 Primary Boys’ School berpindah dari Government English School
1958 Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Mahmood
* Mengambil sempena nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor
1996 Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood Satu.
* Akta pendidikan tahun 1996 menukarkan status SRK kepada SK

One thought on “SEJARAH”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: