All posts by stunkumahmood1

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SK TUNKU MAHMOOD 1

Pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 15 Mac 2014. SK Tunku Mahmood 1 telah mengadakan satu karnival iaitu Karnival Keusahawanan Sekolah. Pada karnival ini, murid berpeluang untuk melihat dan menerokai dunia perniagaan dan keusahawanan yang ada di Malaysia. Terdapat banyak gerai-gerai yang ada untuk memeriahkan lagi Karnival Keusahawanan ini antaranya ialah kedai menjual buku, kedai baju, kedai kentang goreng putar, ice blended  dan sebagainya. Karnival Keusahawanan ini bertempat di parkir guru berhadapan dengan Pejabat Pengurusan Sk Tunku Mahmood 1. Berikut merupakan beberapa keping gambar pada Hari Keusahawanan tersebut.

Image

Image

Cikgu Shamil bersama-sama Cikgu Mahazam sedang menyiapkan gerai buku-buku terpakai mereka. 

 

Image

Image

Image

Orang ramai sudah kelihatan membanjiri perkarangan parkir SK Tunku Mahmood 1 untuk bersama-sama menjayakan karnival ini.

 

 

Image

Playground balloon juga turut disediakan untuk murid-murid STM 1 dan kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.

 

Image

 

Sebahagian guru-guru wanita STM 1 sedang sibuk menjaga dan membahagikan kupon kepada pengunjung-pengunjung karnival yang hadir.

 

 

Image

 

Disini juga terdapat ruangan untuk memeriksa kesihatan bagi pengunjung untuk mengetahui kadar nadi, BMI, kandungan gula dalam darah dan sebagainya.

ImageImage

 

Karnival ini turut dimeriahkan dengan adanya Pengerusi Majlis ataupun DJ untuk menceriakan lagi suasana pada Karnival ini.

Image

 

Disini juga terdapat kedai menjual jersi ataupun  barang-barang yang berkenaan dengan Skuad Bola Sepak Harimau Selatan. 

Image

 

Murid-murid juga boleh menimba pengalaman daripada menaiki anak kuda ini dengan bayaran yang murah.

 

Image

ImageImageImage

ImageImage

 

Ini pula adalah kedai buku dan barangan terpakai yang dikelolakan oleh Cikgu Mahazam yang dibantu oleh Cikgu Syahmie dan Cikgu Shamil.

 

 

 

 

Image

 

Cikgu Mahazam telah menggayakan cermin mata yang baru dibelinya pada kedai barangan terpakai.